Thursday, January 26, 2012

Bekam Darah


Salah satu rawatan yang kami tawarkan di perfectQ ialah Bekam Darah. Boleh dikenali sebagai Rawatan Al Hijamah, Bekam Sunnah dan Bekam Basah. Merupakan salah satu rawatan alternatif bagi mencari penyembuhan penyakit.

Bekam Darah merupakan satu proses rawatan tradisional mengeluarkan darah kotor dari dalam badan melalui kulit tanpa menjalani proses pembedahan. Bekam atau al hijamah sudah mula wujud sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi, dan merupakan salah satu warisan perubatan Islam yang paling baik. Rasulullah memilihkan, dengan wahyu dari-Nya, dari sekian banyak terapi yang ada pada waktu itu iaitu dengan terapi herba dan bekam. Beliau bahkan sangat menyenanginya. Terbukti dari seringnya beliau berbekam dan beliau mengungkapkan sebaik-baiknya pengobatan ialah berbekam.

Seperti yang diriwayatkan kepada Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bahawa tidak aku berlalu (jalan) di malam Israk dengan malaikat melainkan mereka berkata, “Wahai Muhammad perintahkan ke atas umat engkau dengan berbekam”.

Kaedah berbekam pada zaman Rasulullah adalah dengan menggunakan kaca yang berupa cawan atau mangkuk. Selain masyarakat Islam, masyarakat cina mengamalkan rawatan berbekam sejak dari 1,500 tahun dahulu. Mereka menggunakan tanduk sebagai alat berbekam menggantikan kaca. Walau apapun kaedah yang mereka gunakan, tujuan asalnya tetap sama, iaitu untuk membuang darah kotor (toksid) dari badan. Rawatan ini dikatakan mampu merawat pelbagai penyakit serta memulihkan fungsi-fungsi tubuh badan dengan berkesan.

Khasiat-khasiat berbekam
Perawatan dengan kaedah Bekam ini memberi banyak faedah kebaikan seperti menyihatkan tubuh badan, menghilangkan keletihan, mengimbangi daya ketahanan badan, membuang angin serta darah kotor, melegakan ketegangan urat dan membantu menguatkan otot-otot dalam badan.

Berikut beberapa contoh lagi khasiat-khasiat berbekam:
1- Melegakan pening kepala dan menyembuhkan migrain.
2- Membantu melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
3- Memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
4- Memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
5- Membantu mencegah kebas kaki dan meredakan serangan angin ahmar.
6- Dengan mengeluarkan darah toksik dapat melancarkan peredaran darah.
7- Membantu meringankan tubuh.
8- Merawat mata dan menajamkan penglihatan.
9- Selain itu berbekam juga dapat menyembuhkan berbagai lagi penyakit, antaranya darah tinggi, jantung, kolesterol, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan, haid tidak teratur, gaut, elephantiasis (kaki gajah), pendarah otak dan buah pinggang.

Waktu berbekam
Pengamal perubatan tradisional berpendapat bahawa waktu.berbekam paling baik dilakukan ialah ketika pertengahan bulan kerana ketika itu, darah toksid berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit. Mereka yang berbekam dinasihati tidak mengambil makanan berat dalam tempoh dua hingga tiga jam sebelum berbekam atau lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

Anas bin Malik r.a. menceritakan bahwa :
“Rasulullah SAW biasa melakukan hijamah pada pelipis dan pundaknya.
Beliau melakukannya pada hari ketujuhbelas, kesembilanbelas atau
keduapuluhsatu.” (Diriwayatkan oleh Ahmad).
Larangan bekam

Terdapat beberapa patang larang bagi sesetengah orang untuk melakukan rawatan bekam kerana dikuatiri memudaratkan kesihatan. Mereka yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, mengalami masalah kulit serius, pengidap leukimia, pengidap diadetes yang serius serta mereka yang dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang adalah dilarang dari melakukan rawatan ini.

Anggota badan yang tidak boleh dibekam:
Antara anggota badan yang tidak boleh dibekam termasuklah mata, telinga, hidung, puting susu, alat kelamin, dubur, bahagian-bahagian badan yang dekat dengan pembuluh darah dan bahagian-bahagian badan yang terdapat tumor, retak tulang serta jaringan luka.


Pakej Rawatan Bekam Darah di perfectQ

1 CUP : RM6.00
5 CUP : RM25.00
10 CUP : RM45.00

* Sekiranya anda mengambil pakej 10 Cup. Kami akan memberi adalah rawatan Bekam Luncur secara percuma.

Sebarang rawatan hendaklah disusuli temujanji bagi mengelakkan menunggu. Anda yang berminat boleh menghubungi kami ditalian :

En. Akraf : 017 662 4234 Pn. Ekin : 012 263 1213

No comments:

Post a Comment