Friday, January 27, 2012

Ampoules Treatment

Kami ingin memperkenalkan salah satu rawatan kami di perfectQ iaitu Ampoules Treatment (Rawatan Ampoules). 

Rawatan ini adalah khusus untuk muka. Rawatan yang cukup ringkas yang mengambil masa selama 30minit. Rawatan ampoules ini akan dilaku untuk rawatan wajah. Kami mempunyai jenis-jenis ampoules untuk anda pilih atau mengikut jenis kulit atau masalah kulit. 

Mari kami terangkan langkah-langkah ataupun apa yang kami lakukan sekiranya anda mendapat rawatan ini. 

1) Anda akan dibaringkan diatas katil rawatan yang disediakan. Anda akan diminta merelakkan minda dibawah kesejukkan aircond dan menikmati lagu-lagu yang kami pasang. 

2) Kami akan membersihkan muka anda dengan menggunakan Cleansing Milk bagi menanggalkan kotoran atau makeup di wajah sebelum menjalani langkah yang seterusnya.

3) Selepas itu kami akan membersih wajah anda menggunakan pencuci yang bersesuaian mengikut jenis & masalah kulit wajah.

4) Kami akan menyapukan 1 botol Ampoules ke wajah anda. Kami akan lakukan 2 ke 3 lapisan. Kami akan meratakan dari dahi turun ke leher. Di bawah merupakan jenama yang kami gunakan.


Kami akan menggunakan salah satu jenis pilihan anda atau berdasarkan masalah or jenis kulit. Dibawah kami terangkan setiap fungsi jenis ampoules yang kami tawarkan.

WHITENING AMPOULE
Tujuannya adalah untuk mencerahkan kulit muka tetapi tidak mengeringkan kulit kerana ampoule ini mampu memberi kelembapan pada wajah. Whitening ampoule juga mampu mengatasi masalah kulit kusam.                                                  

VITAMIN C AMPOULE
Ampoule Vitamin C ini adalah pure 100% dengan kandungan Vit C, dan sudah pasti khasiatnya tinggi sebagai agen anti oksidan serta menaikkan seriwajah. Vit C juga berperanan menangani masalah liang pori wajah terbuka.

NEUTRALIZING(COLLAGEN) AMPOULE
Memang amat berkesan untuk menegangkan kulit wajah disamping menyegarkan kulit.Antara salah satu rahsia untuk buatkan wajah pengantin nampakcantik dan makeup pun lasting sepanjang hari. Juga disarankan kepadawanita yg nak maintain cantik dengan kulit wajah yg tak berkedut, collagen ampoule ini boleh membantu

PURIFYING AMPOULE
Purifying ampoule berperanan utk mengawal pengeluaran sebum. Amat sesuai untuk kulit berjerawat, sensitive dan kulit yang berminyak. Bagi yang mengalami masalah jerawat, anda disarankan menggunakan purifying ampoule dahulu bagi menyelesaikan masalah jerawat anda.

SOOTHING AMPOULE
Soothing ampoule berperanan untuk mengelakkan masalah kulit akibat persekitaran. Amat sesuai untuk mengelakkan jerawat timbul semula. Juga mampu mengatasi masalah kulit berminyak

HYDRATING AMPOULE
Hydrating ampoule ni berperanan utk lock kulit wajah dari terus kering.

FIRMING AMPOULE
Berperanan sebagai anti kedutan, meremajakan kulit dan menghilangkan garis halus serta kedut di wajah. Juga firm kan kulit (bhgian bawah dagu) bagi penggunaan jangka pangjang.

EYE CARE AMPOULE
Khas untuk mengurangkan kedut, garis halus serta gelung hitam bawahmata. Sesuai untuk mereka yang selalu tak cukup tidur sehinggakan mata naik lebam atau jadi eye bag. 

OPEN PORES AMPOULE

Ampoule jenis yang ni sesuai untuk mereka yang mempunyai liang roma yg besar. Selalunya dikaitankan dengan masalah kulit berminyak.Penggunaan ampoule secara teratur, mampu mengatasi masalah open pores.

5) Bagi menyerapkan ampoules ini kami akan menggunakan Mesin Ultrasonic. Kami akan melakukan urutan mengunakan mesin disamping membatu merawat masalah kulit anda.

6) Rawatan tamat.

Rawatan ini amat ringkas tapi memberi kesan yang cepat kepada wajah anda. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti berjerawat, berminyak, jeragat, dll. Ini merupakan salah satu rawatan yang digalakkan untuk anda cuba.

Rawatan Ringkas, Berkesan & Murah!!!!!!!!

AMPIOULES TREATMENT

RM15.00 

* Anda digalakan membuat temujanji ditalian kami terlebih dahulu.....

Pn. Ekin : 012 263 1213 / En Akraf : 017 662 4234

No comments:

Post a Comment