Tuesday, December 18, 2012

KHASIAT BEKAM DARAH & BEKAM LINTAH DIMUKA


1) Menghilangkan jerawat.

2) Menyembuhkan penyakit resdung.

3) Awet muda.

4) Mengurangkan sakit kepala.

5) Muka terasa ringan.

Selain itu ia juga dapat menyingkirkan toksin/bahan kimia yang terserap oleh kulit akibat penggunaan make-up.

Friday, December 7, 2012

JANJI RASULULLAH S.A.W BAHAWASANYA BEKAM DI SATU TITIK SEKITAR KEPALA SAHAJA DAPAT MENYEMBUH 72 JENIS PENYAKIT

sabda Rasulullah s.a.w:
عليکم بالحجامة في جوزة القمحدوة فانه دواء من اثنتين وسبعين داء
"hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dgn bekam di Qomahduah (satu titik dibahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit.-HR THOBRONI

BEKAM SUNNAH MENYEMBUHKAN PENYAKIT GOUT

Secara umumnya penyakit gout adalah penyakit sinonim yang melanda pada masyarakat melayu,ia berpunca kandungan uric acid yang berlebihan pada kawasan kaki akibat banyak memakan pemakanan yang berunsurkan daging dan seafood.Gout amat-amat menyakitkan dan akan membuatkan pesakit berjalan tempang selama seminggu,untuk kesembuhan yang pantas dan efektif pesakit disyorkan menjalani rawatan bekam sunnah pada kawasan sekitar kaki dan tempat yang diserang gout.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari

Thursday, November 22, 2012

MAP BAZAAR MAINS

Ramai tertanya bagaimana mahu ke perfectQ, Bazaar MAINS. Ini adalah MAP ke sana.


Wednesday, November 14, 2012

Flyers


Rawatan dan Amalan Berbekam


Waktu Bekam

Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa bertujuan mengubati penyakit.

Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

Alat bekam

* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.

Larangan berbekam

* Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

* Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

Kebaikan berbekam

* Membantu menghilangkan pening dan migrain.

* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Jenis bekam

Bekam kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.


Bekam Sunnah

Keinginan hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.

Pernahkah anda mengamalkan bekam bagi mengeluarkan darah dan angin kotor agar tubuh menjadi lebih sihat? Bekam dalam istilah Melayu membawa maksud mengeluarkan angin dalam badan atau pelepasan darah kotor daripada badan, manakala dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai al-Hijamah, iaitu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan.

Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia juga didakwa mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif.

Pengamal kaedah perubatan bekam, Noraini Tumijan menjelaskan bekam adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri.

Sambungnya, berbekam adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT. Ada beberapa jenis bekam diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.

"Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia adalah bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi," katanya ketika ditemui di premis miliknya di Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Noraini berkata, bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.

"Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama," katanya.

Seperti juga rawatan lain, amalan berbekam harus dimulakan dengan memeriksa badan pesakit. Bagi mereka yang arif soal berbekam mereka mampu mengetahui keadaan pesakit hanya dengan menekan urat tertentu di badan pesakit.

Katanya, teknik bekam yang diperkenalkannya selamat, tidak sakit dan berbahaya dan mendakwanya berkesan mengubati dan mencegah penyakit. Dalam jangka masa singkat, bekam didakwanya mampu memperbaiki dan menjadikan tubuh lebih sihat.

"Daripada sentuhan berkenaan, penyakit akan dapat dikesan melalui kehangatan bahagian kulit pesakit yang akan mengeluarkan haba. Kaedah yang kedua melalui pemerhatian. Melalui kaedah ini pesakit yang mempunyai masalah kesihatan didapati mempunyai tanda kemerahan dan bengkak yang berkilat di bahagian kulit. Kulit pesakit juga akan kelihatan kasar, tebal, berwarna hitam dan bertompok-tompok.

"Kaedah tekanan boleh digunakan dengan cara menekan bahagian tertentu. Apabila tekanan dilakukan pada bahagian itu pesakit akan berasa sakit," katanya.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, bekam darah boleh dilakukan dengan mencucuk kulit bagi membolehkan darah kotor disedut keluar menerusi tiub khas. Rawatan ini dilakukan kira-kira 20 minit bergantung kepada ketahanan individu dan seelok-eloknya dilakukan pada waktu tengah hari kerana ketika itu urat saraf berkembang.

"Pelanggan dinasihat tidak mengambil sebarang makanan dua jam sebelum melakukan sesi berbekam dan begitu juga mandi. Selain itu, mereka juga digalakkan berehat selepas menjalani sesi rawatan.

"Kelebihan mengamalkan bekam darah adalah ia menjanjikan kesegaran tubuh serta-merta sekali gus mengembalikan keserian kulit. Ini kerana darah yang keluar menerusi kulit adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit dalam badan," katanya.

Noraini berkata, bekam darah juga dapat mengurangkan migrain dan masalah senggugut serta endometriosis serta melancarkan peredaran darah tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat dan malas justeru berbekam akan melancarkan peredaran darah semula.

Antara kebaikannya lain ialah membantu menajamkan penglihatan dan menangani pelbagai penyakit iaitu 72 jenis penyakit seperti ketegangan urat, darah tinggi, kolesterol, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Menjelas lanjut mengenai amalan bekam, Noraini memberitahu beliau juga menawarkan rawatan bekam angin digunakan untuk membuang angin dalam badan. Biasa dilakukan dengan menyedut angin menggunakan sejenis alat berbentuk pistol dan disedut menerusi bekas kaca.

Bagi Noraini, bekam angin dilakukan ke beberapa bahagian badan pesakit seperti di pangkal tengkuk (bagi menghilangkan pening dan migrain), bahu (bagi mengurangkan tekanan), belikat dan pinggang.

"Kebaikan bekam angin ialah membantu membuang angin dalam badan serta melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu memecahkan lemak, peluh serta melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki, mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar," katanya.

Menggunakan kaedah rawatan moden, Noraini memberitahu sebelum melakukan bekam pada pelanggannya, tubuh yang bakal disuntik dengan jarum disapukan dengan minyak bagi melembutkan permukaan kulit.

Selepas itu, barulah melakukan bekam luncur iaitu dengan menolak bekas kaca ke atas dan bawah. Jika pelanggan mengalami rasa pening, bekam harus diberhentikan serta-merta.

"Lazimnya bekam dilakukan secara ganjil iaitu lima, tujuh atau sembilan dan berikutnya. Buat pelanggan yang baru mencuba, saya tidak menggalakkan mereka lakukannya secara serentak atau berlebih-lebihan kerana khuatir mereka tidak biasa dengan hasil tindak balasnya dan boleh menyebabkan mereka pengsan.

"Oleh itu, mereka perlu tenang dan bagi mereka yang mengalami tekanan, saya tidak galakkan mereka lakukannya.

"Seiringan itu, selain mengamalkan 10 titik bekam yang harus dilakukan iaitu pada kepala, bawah telinga kiri dan kanan, leher, tulang bahu kiri dan kanan, pinggang kiri dan kanan serta bawah lutut kiri dan kanan mengikut Sunnah Nabi, saya juga lakukannya mengikut permintaan pelanggan. Darah kotor yang keluar dari tubuh bukan saja membantu menyihatkan tubuh badan, tetapi sebaliknya mengembalikan keremajaan kulit tidak kira lelaki mahupun wanita" 

Boleh dilakukan seawal usia tujuh tahun, Noraini berpendapat amalan berbekam seelok-eloknya diamalkan dua kali sebulan agar tubuh kembali sihat di samping penjagaan kulit.

Operasi Sempena Maal Hijjrah

Untuk maklumat anda semua. Outlet perfectQ akan beroprasi seperti biasa pada 15/11/2012. Memberi peluang untuk anda mendapatkan pelbagai rawatan yang kami tawarkan. Sebelum anda mengunjungi kami. Sila hubungi dan buat temujanji agar tidak menggu terlalu lama nanti. Hotline kami 0176624234 / 0196434527. Dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah.

Sunday, April 22, 2012

Promosi 3 HARI Sahaja!!!!



Salam Satu Malaysia. PROMOSI!!!!!!!!!!!!!!! 3 HARI sahaja. Isnin-230412, Selasa-240412, Khamis-260412. Dapatkan Rawatan Bekam Lintah Pakej 6 point Hanya RM45 sahaja. Dapatkan juga Rawatan Bekam Sunnah Pakej 10 Cup Hanya RM40 Sahaja. Selepas rawatan anda akan diberi 1 sudu madu secara percuma.... Rawatan akan dilakukan bermula pukul 6.30ptg. Sila buat temujanji ditalian En. Akraf 0176624234. Ingat!!!! Sah hanya untuk 3 hari sahaja....

Saturday, March 31, 2012

Rawatan Bekam Lintah Di Pasar Pagi Stadium Tuanku Abdul rahman, Paroi = 1/4/12

Salam 1 Malaysia. Kami team perfectQ akan berada di Pasar Pagi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 1. April. 2012. Bermula daripada pukul 8am - 12pm. Ini merupakan sesi kedua kami berada di sana. Anda boleh mendapat info mengenai rawatan kani terutama Bekam Lintah. Anda juga boleh mendapatkan rawatan bekam lintah di sana. Anda juga boleh mendapat produk Sendayu tinggi dan pelbagai produk lagi dengan harga yang istimewa. Jika ada sebarang info boleh hubungi kami di talian 0176624234/0122631213

Sunday, March 25, 2012

Promosi Bekam Lintah, Bekam Angin, Bekam Sunnah dll Di Pasar Tani Stadium Paroi

Hari ini 25/03/12 bersamaan hari Ahad, kami warga perfectQ telah menjalankan aktiviti promosi di Pasar Tani Pagi di Stadium Paroi. Aktiviti kami telah bermula dari pukul 7.00am - 12.00pm. Selain menjual produk, kami membuat promosi Bekam Lintah. Edaran flyer serta penerangan diberi pada penggunjung. Rawatan Bekam Lintah turut kami lakukan disana. Diharapkan aktiviti ini mampu mendekati kami kepada anda dan anda semua boleh mengenalani terapi bekam lintah atau perkhidmatan kami yang lain dengan lebih dekat,

Ini merupakan gambar yang sempat dirakam sepanjang aktiviti ini.

Iklan Kami Di MetroLiv Sudah Di Edarkan!!!

Iklan mengenai perkhidmatan yang kami tawarkan di outlet perfectQ kini sudah release di majalah pengiklanan MetroLiv cawangan Seremban. Lihat iklan kami di majalah MetroLiv cawangan Seremban volume 51. Teruskan sokongan anda. Sebarang info hubungi hotline kai 0176624234/0122631213. 



Friday, March 16, 2012

Pengiklanan Di Majalah MetroLiv

Nantikan kemunculan iklan kami di majalah pengiklanan MetroLiv untuk sesi bulan April 2012. Ini membuktikan kami bersungguh-sungguh menawarkan perkhidmatan dan rawatan yang terbaik untuk anda semua. Diharapkan kami menjadi pusat pilihan anda untuk membentuk kesihatan yang baik dan penampilan yang sempurna.

Sunday, March 11, 2012

Gambar Sesi Bekam Lintah Berlangsung


10/03/2012 : Ini salah satu customer tetap perfectQ yang sering menjadikan terapi ini sebagai pilihan merawat masalahnya. Customer ini mempunyai masalah parut dibeberapa bahagian. Sakit-sakit dan keadaan tidak berapa selesa dibeberapa bahagian badan. Kali ini kami menggunakan 16 ekor lintah dan diletakkan ditempatkan dibahagian bermasalah. Sempat bertanya respon dari rawatan sebelumnya. Alhamdulillah, katanya kesan parut hilang dan mengecut serta mengecil.

11/03/2012 : Ini merupakan pesakit yang datang dari Nilai bagi mendapatkan rawatan bekam lintah dengan kami. Mengalami masalah gout dibahagian kaki sebelah kanan. Ketika pesakit ini datang, kakinya sedang membengkak. Menggunakan 4 ekor lintah bagi mengatasi masalah ini.


11/03/2012 : Ini juga salah satu customer tetap kami. Jika tidak salah, kedatangannya kali ini adalah kali ke 3 or 4. Mengalami kesan parut dibahagian kaki akibat luka. Dan tidak berasa ketidakselesaan dibahagian tersebut. Pesakit ini juga mendapat kesan dari rawatan ini yang sebelumnya. Kesan parut hilang dan mengecut. Kali ini kami menggunakan 6 ekor lintah dan diletakkan di bahagian parut yang lain.

* Ini merupakan gambar yang sempat kami rakam untuk panduan anda atau sebagai contoh.

Sunday, March 4, 2012

Tarikh Terbaik Bekam Sunnah & Bekam Lintah Untuk Bulan March 2012

Kini March 2012 sudah pun menjelma. Tanpa kita sedari, cepat masa berlalu. Di sini saya mewakili pihak perfectQ, menjemput anda untu membuat Bekam Lintah ataupun Bekam Sunnah pada tarikh di bawah :
  • 06/03/2012
  • 08/03/2012
  • 10/03/2012
  • 12/03/2012
Ini merupakan tarikh paling baik untuk berbekam lintah ataupun bekam sunnah. Dimana darah kotor berkumpul secara maksima pada tarikh tersebut. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rawatan ini pada tarikh tersebut. Anda boleh mengunjugi kami di perfectQ, Bazaar MAINS, Seremban, atau hubungi kami di talian 0176624234/0122631213 unk info atau temujanji.

* Rawatan pada tarikh-tarikh yang lain boleh di buat. Tarikh di nyatakan diatas merupakan tarikh baik sahaja. 

Tuesday, February 14, 2012

Prosedur Sebelum & Selepas Bekam Lintah di PerfectQ

PerfectQ menawarkan perkhidmatan Bekam Lintah. Perkhidmatan ini telah kami tawarkan kepada masyarakat sejak pertengahan tahun 2009. Kami telah mendapatkan kursus rawatan di D'Winz Health Care yang dikemudi oleh Dr. Mahadi Bin Abdullah dan sijil ini telah di keluarkan oleh pihak His Fitness Sdn Bhd. Rawatan Bekam Lintah ini bertujuan mengeluarkan darah kotor atau bertoksid serta melancarkan peredaran darah di dalam badan.

Rawatan melalui kaedah ini mampu merawat masalah migrain ataupun sakit kepala, resdung, jerawat, putaran haid yang tidak teratur, bengkak-bengkak badan, gout, bisul, sakit-sakit sendi, dll.

Rawatan yang kami ini adalah bersih dan selamat. Lintah yang kami gunakan untuk rawatan ini akan melalui proses kuaratin terlebih dahulu sebelum digunakan kepada para pesakit.

Proses Kuaratin Lintah.

1)      Lintah akan di kuaratinkan selama 2 atau 3 minggu sebelum digunakan.
2)      Penggunaan serbuk kunyit dan halia akan digunakan didalam proses ini. Ini kerana kunyit atau halia mempunyai ciri-ciri pemati kuman atau bacteria bagi memastikan lintah yang digunakan bersih.
3)      Penggunaan air lintah kami adalah mengunakan air yang ditapis atau mineral.
4)      Penggunaan serbuk kunyit, halia dan air akan di tukar 2 kali sekali bagi menjamin kebersihan air.

Prosedur Rawatan Bekam Lintah


1)      Pesakit akan di beri penerangan tetang rawatan bekam lintah ini merangkumi semua aspek.
2)      Mengenal pasti masalah pesakit dan point-point untuk berbekam.
3)      Membuat persedian barang-barang rawatan bekam.
4)      Membersihkan kawasan berbekam dengan air bersih.
5)      Memulakan rawatan bekam lintah, dengan meletakkan lintah di point-point yang telah dikenal pasti.
6)      Proses berbekam mengambil masa hampir 2 jam bergantung pemilihan pakej.
7)      Setelah selesai berbekam. Kawasan yang telah digigit oleh lintah akan kami bersihkan dengan air serta alcohol swap / dettol bagi mengelakkan jangkitan kuman.
8)      Kesan gigitan lintah akan kami tampal dengan kapas kerana proses pembekuan darah selepas rawatan ini mengambil masa sekurangnya 6 jam.
9)      Semua lintah yang telah digunakan untuk berbekam akan kami rendam dengan dettol atau air garam bagi proses penghapusan. Lintah yang digunakan tidak akan digunakan pada pesakit yang lain. Proses penghapusan ini akan kami lakukan dihadapan pesakit.
10)  Setelah selesai pihak kami akan berbincang dengan pesakit untuk rawatan susulan. Bergantung masalah pesakit.
11)  Segala barang atau kelengkapan alatan sepajang proses rawatan ini akan di sterile bagi tujuan pemati kuman.

 Gambar Sepanjang Proses Kursus Bekam Lintah



















Monday, February 13, 2012

Buang Angin Di Badan Dengan Kaedah Bekam Angin



Bekam Angin RM15 Sahaja Untuk 10 Cup



Pernah anda tahu bahawa badan kita mudah dimasuki angin. Dengan adanya angin di dalam badan kita, satu ketidakselesaan tercipta. Badan akan terasa berat. Bagi meringgankan badan, kaedah bekam angin mampu mengatasinya. Mendapatkan rawatan ini, angin di badan di buang. Selain pada itu mereka yang penat dan keletihan badan akibat bekerja boleh mendapatkan rawatan ini. Badan akan rasa terasa segar, ringgan. Bekam angin merupakan bekam tanpa pengeluaran darah.

Mari cuba rawatan ini di outlet kami di perfectQ. Kami menerima pesakit wanita dan lelaki.Semoga rawatan yang kami tawarkan membantu keselesaan hidup anda. Sila hubungi kami Pn. Ekin 012 263 1213 / En. Akraf 017 662 4234 untuk sesi temujanji.

Rawat Kudis Buta Dengan Bekam Lintah



Masalah kulit berkudis terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

(a) Kudis buta (skabies)
Penyakit ini adalah disebabkan oleh hama gatal(betina). Ia gemar mengorek bahagian lipatan kulit dan bertelur di dalamnya.

(b) Jangkitan kulit(impetigo)
Ia adalah jangkitan bakteria yang biasanya terjadi di permukaan kulit. Ia mudah dan sering terjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Tanda-tanda

1. Skabies
Gatal di seluruh anggota badan, terutama pada waktu malam.
Terdapat bintik-bintik merah yang bernanah di bahagian badan yang dijangkiti.

2. Impetigo
- Mula muncul sebagai lepuh kecil. Lama-kelamaan, ia akan menggelembung dan membentuk tompok-tompok basah yang kecil berwarna merah.
- Lepuh ini akan mengeluarkan cecair.
- Secara beransur-ansur, keruping yang berwarna kuning keperangan akan muncul meliputi kawasan yang dijangkiti.

Bahagian badan yang biasa dijangkiti

1. Skabies
Di bahagian badan, celah ketiak, keliling pusat, sendi lengan, tangan, celah-celah jari tangan dan kaki, punggung, dan kemaluan.

2. Impetigo
Terjadi di bahagian muka, terutamanya di antara bibir atas dan hidung, lengan, tangan, dan kaki.

Dengan terapi lintah, khasiat daripada enzime yang terdapat di dalam air liur lintah akan melancarkan peredaran darah. Lintah akan menyedut darah kotor, nanah dan hasil daripada terapi ini mampu mengeringkan kudis. 

Ini adalah satu rawatan alternatif bagi mereka yang mahu cepat sembuh dan tidak mahu bergantung pada perubatan moden.

* Bagi yang ingin mendapatkan rawatan ini boleh hubungi kami di talian Pn. Ekin 012 263 1213 / En. Akraf 017 662 4234

Friday, February 10, 2012

Lintah Tidak Sebarkan Penyakit

Terima kasih kepada pihak-pihak pengusaha terapi lintah yang lain yang telah membawa isu ini kembali bagi membersihkan nama terapi ini.

Lintah tidak sebar penyakit

Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Nor Fariza Ramlan

2012/02/10KUALA LUMPUR: Belum ada lagi kajian dilakukan menunjukkan lintah boleh menyebarkan penyakit kepada manusia melalui rawatan bekam termasuk penyakit batuk kering (tibi).

Doktor dan Koordinator Makmal, Unit Kesihatan Haiwan Akuatik, Fakulti Perubatan Vaterinar, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Hassan Mohd Daud berkata, kajian klinikal di luar negara termasuk Amerika Syarikat (AS) lintah boleh merawat penyakit seperti migrain serta resdung selain tidak memberi kesan sampingan melalui gigitannya.

“Kajian klinikal mengenai lintah belum dijalankan di negara ini, namun ia giat dilakukan di luar negara dan tiada kajian menunjukkan lintah mendatangkan mudarat kepada manusia, ” katanya, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kemungkinan lintah boleh menyebarkan penyakit melalui rawatan bekam lintah berikutan kenyataan pakar dermatologi Hospital An-Nur, Dr Saadiah Sulaiman yang didatangi dua pesakit dijangkiti batuk kering ganjil selepas mendapatkan rawatan bekam lintah.

Katanya, tidak mungkin lintah mampu menyebarkan penyakit tibi kerana ia hanya boleh berjangkit melalui udara dan kemungkinan lintah menyebarkan bakteria yang ada padanya amat rendah.

Bagaimanapun, katanya, pengusaha bekam lintah perlu memastikan lintah dikuarantin dan dibersihkan mengikut prosedur yang betul terlebih dulu sebelum digunakan terhadap pesakit.

Katanya, hasil analisis dijalankan terhadap lintah dikuarantin sehingga tiga minggu dengan kawalan suhu dan pH air yang betul menunjukkan hanya bakteria biasa ditemui pada usus dan mulut lintah turut ditemui di tanah dan air.
“Dengan penggunaan bahan tertentu seperti kunyit dan halia, semua bakteria berbahaya terbunuh kerana dua bahan berkenaan mempunyai bahan antiseptik yang mampu membunuh dan merencatkan pertumbuhan bakteria,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang mahu mendapatkan rawatan bekam lintah supaya memeriksa terlebih dulu prosedur kebersihan yang diambil pengusaha rawatan berkenaan.

“Pesakit perlu bijak memilih pusat rawatan termasuk mengenal pasti terlebih dulu tahap kebersihan dan kesihatan lintah yang digunakan, ” katanya.

Rawatan Bekam Lintah Selamat & Berkesan



Pada 08/02/2012 satu kenyataan di akhbar yang bertajuk 'Kementerian Kesihatan Larang Rawatan Lintah'. Telah menimbulkan keraguan pada pelanggan terhadap keberkesanan atau keselamatan terapi ini. Sebagai pemilik perfectQ, merupakan salah satu pusat yang menawarkan perkhidmatan bekam lintah ini menerima tempias di atas kenyaataan ini. Bukan kami sahaja yang menerima tempias ini, tetapi ramai pengusaha yang menjadikan terapi lintah ini sebagai sumber pendapatan turut terjejas. Pada pendapat peribadi saya, persoalan yang terdapat di kenyataan yang diberi oleh  pihak Kementerian Kesihatan adalah kebanyakannya adalah tidak pasti. Kenyaatan tanpa usul periksa atau kajian.

Mari kita membaca kenyataan beliau.


Kementerian Kesihatan larang rawatan lintah
Oleh Suzalina Halid
suzalina@bharian.com.my
2012/02/08

Kaedah dikesan tak selamat, risiko sebar penyakit berjangkit

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak pernah memberi kelulusan kepada pusat kesihatan menjalankan kaedah perubatan melalui penggunaan lintah kerana keberkesanannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Sehubungan itu, orang ramai dilarang menggunakan lintah sebagai kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain.

“Kita memang tidak benarkan kaedah ini untuk rawatan kerana ia belum terbukti berkesan, termasuk tanggapan lintah menghisap darah kotor juga salah, tiada darah kotor dalam perubatan.

“Berhubung penyakit tibi, berkemungkinan besar seseorang itu boleh berjangkit kerana duduk bersebelahan ketika menjalankan rawatan itu, tidak semestinya oleh kuman dibawa lintah.

“Proses rawatan itu memang mampu memindahkan penyakit berbahaya yang berkaitan dengan darah ketika penggunaan lintah itu. Kesan gigitan lintah juga boleh melambatkan darah beku, ” katanya ketika mengulas kenyataan Pakar Dermatologi Hospital An-Nur, Dr Saadiah Sulaiman, kaedah rawatan berkenaan yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta mengeluarkan darah kotor, sebenarnya mendedahkan pelanggan kepada sejenis penyakit batuk kering (tibi) ganjil.
Dr Saadiah berkata, setakat ini dua pelanggan sudah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dijangkiti penyakit itu akibat terapi terbabit.

Dr Hasan berkata, pada masa sama pengguna diminta memberikan maklumat berhubung pusat rawatan didakwa mampu menyebarkan penyakit terbabit supaya kementerian boleh mengambil tindakan selanjutnya.

“Beritahu kita maklumat di mana pusat rawatan didakwa menyebarkan penyakit tibi itu, kita akan pergi sana untuk ambil tindakan,” katanya.


Secara peribadi, saya bersetuju persoalan yang di utara oleh pemilik Leech World di atas kenyaatan di atas. Mari saya kongsikan persoalan yang di utarakan oleh pemilik Leech World. Boleh juga di lihat di link http://leech.com.my/

PERSOALANNYA ??? oleh Leech World

1) Rawatan Bekam Lintah tidak dapat dibuktikan secara saintifik?

Siapakah yang patut dipertanggungjawab untuk melakukan kajian saintifik ini? Adakah orang ramai atau syarikat yang tidak mampu melaksanakannya?

2) Kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah?

Ini bermakna kepada pesawah-pesawah dan petani-petani yang menjalankan kerja di sawah padi dimana selalu di gigit oleh lintah adalah orang yang berpotensi membawa penularan penyakit berbahaya ini.

3)Penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain.

Apakah Penyebaran penyakit berbahaya itu?

4) Dr Saadiah berkata, setakat ini dua pelanggan sudah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dijangkiti penyakit itu akibat terapi terbabit.

Adakah disebabkan dua pesakit sahaja dapat memberi rumusan yang tepat mengenai kenyataan ini?

Jawapan secara peribadi oleh saya, pemilik perfectQ.

Di Malaysia masih belum ada pihak yang membuat kajian terhadap lintah dan keberkesanannya. Tetapi di luar negara kajian terhadap lintah & keberkesanannya di perakui. Bekam lintah merupakan salah satu rawatan tradisional. Rawatan alternatif bagi merawat masalah kesihatan dan mungkin tidak boleh dirawat di hospital ataupun klinik. Ramai yang telah memperolehi kebekesanan selepas mendapat terapi ini. 

Tiada istilah darah kotor dalam perubatan. Tetapi dalam istilah rawatan tradisional ianya anda. Ianya bergantung kepada pendapat individu. Berbekam adalah salah satu rawatan yang telah di amalkan oleh Nabi S.A.W kerana ianya berkesan mengeluarkan darah yang bertoksid. 

Rawatan lintah ini taik boleh menular penyakit yan tidak diingini sekiranya pengusaha terapi lintah mengamalkan kebersihan ataupun keselamatan sepanjang proses terapi ini dijalankan. Penggunaan lintah berulang dan tidak di kuaratinkan memang tidak boleh digunakan untuk terapi. 

Kesimpulannya..

Semua pihak atau mana-mana jabatan berhak untuk membuat larangan atau mengeluarkan pendapat. Berdasar kenyataan di atas, tidak salah kerana ianya memberi kesedaran atau keselamatan masyarakat. Cuma di harapkan sebelum membuat kenyataan harus membuat kajian yang lebih lengkap. Supaya ia tidak membawa keraguan kepada pihak-pihak yang lain. Adalah lebih manis sekiranya kenyataan yang di utarakan bertukar kepada 'Kementerian Kesihatan Menasihati Agar Berhati-hati Mendapatkan Bekam Lintah'. Kenyataan 'Kementerian Kesihatan Larang Bekam Lintah'  agak kasar dan menyumbang keraguan masyarakat dan menyekat rezeki pengusaha terapi ini. Isu yang berbangkit sebenarnya adalah kelalaian segelintir pengusaha kerana menggunakan kembali lintah yang sudah terpakai. 

* Sebagai pemilik perfectQ, berharap rakan-rakan yang mengusahakan terapi bekam lintah ini memberi perkhidmatan yang bersih & selamat. Untuk pengguna kami nasihatkan agar mencari pusat perawatan bekam lintah yang benar-benar terjamin kebersihan & keselamatan.

Di harap para pelanggan tidak akan meragui keberkesanan terapi lintah ini...




Wednesday, February 8, 2012

Rawatan Ear Candling

EAR CANDLING
RM15.00
30 MINIT





Salah satu rawatan kami ialah Ear Candling. Salah satu rawatan yang cukup murah. Hanya RM15 yang mengambil masa selama 30 minit. Mari kita lihat apa yang anda peroleh melalui pakej ini.


  •  Cleansing Milk - Penggunaan cleansing milk ini digunakan untuk menanggalkan make-up dan menanggalkan kekotoran wajah di muka.
  • Ear Candle - Kami akan membuat pembakaran lilin untuk telinga kiri & kanan. 
  • Face Massage - Anda akan diberi satu urutan muka bagi merehatkan wajah anda.
  • Cleanser - Akhir sekali kami akan mencuci wajah anda bagi membersihkan wajah.
Huraian tentang khasiat rawatan Ear Candling

Ear candle (auricular candling atau ear wax) merupakan salah satu terapi yang dilakukan dengan menggunakan media lilin pada telinga. Tujuan terapi ear candle adalah membersihkan bahagian dalam telinga dari kotoran-kotoran, serta mengeluarkan toksin-toksin.

Ear candle juga bermanfaat menjernihkan pendengaran, juga dapat dijadikan alternatif perawatan telinga agar terhindar atau paling tidak mengurangi penurunan daya dengar. Selain itu, ear candle juga dapat mengatasi migrain, cephalgia (sakit kepala), gangguan keseimbangan, sulit tidur, telinga berdengung, telinga basah, nanah pada telinga, dan sebagainya.

Bagaimana terapi bekerja?

Ada dua peristiwa fizik yang terlibat pada ECT:

1. Pembakaran secara perlahan-lahan menurunkan tekanan udara di dalam earcandle dan getaran yang menyalurkan udara hangat memberi sensasi hingga ke dalam telinga. Sensasi hangat ini masuk hingga ke dalam lubang telinga.

2. Di dalam telinga, kehangatan menstimulasi pembuluh darah, membangkitkan sistem imun dan memperkuat jaringan limfa. Dan pada saat bersamaan, titik-titik akupuntur secara refleks terstimulasi.

Akibat perbezaan tekanan ini, kotoran telinga akan terangkat ke atas, membentuk alur yang memanjang. Berbagai macam unsur akan turut terangkat bersama kotoran, misalnya saja kuman(berwarna keputihan).

Dalam praktikalnya, berbagai masalah kesihatan yang bermuara pada bahagian kepala khususnya organ pendengaran, dapat diatasi dengan ECT. Selain yang tersebut di atas, juga sakit kepala, otitis eternal, dan sinusitis. Bahkan pada banyak kes, vertigo dapat dieliminasi berkat ECT.

Kotoran telinga dapat berasal dari toksin-toksin yang berasal dari dalam tubuh, yakni berupa peluh. Sumber lainnya adalah kotoran yang berada di luar tubuh, seperti pencemaran. Jika kotoran tersebut tidak dibersihkan, akan menyebabkan sirkulasi darah menjadi tidak normal sehingga dapat mengakibatkan kesulitan tidur, pendengaran, penglihatan yang tidak jelas, gangguan pernafasan, dan juga masalah pada kulit (seperti kelopak mata hitam, bintik-bintik hitam, dan kulit berwarna gelap).

Sejak zaman kuno, bangsa Indian suku Inca telah melakukan ear candle dengan menggunakan tebu. Ear candle digolongkan sebagai pseudoscience, di Eropah telah diakui dan direkomendasikan oleh doktor untuk mengatasi gangguan yang terjadi di telinga. Contohnya seperti telinga pekak dan sebagainya.

Ear candle (auricular candling atau coning) merupakan salah satu terapi yang dilakukan dengan menggunakan media lilin pada telinga seseorang. Terapi ini dilakukan dengan tujuan membersihkan bahagian dalam telinga dari kotoran-kotoran, serta mengeluarkan toksin-toksin. Pembersihan yang dilakukan dengan terapi ini harus dilakukan oleh profesional yang terlatih, dan tidak dapat dilakukan dengan sembarangan.

Ear candle juga bermanfaat menjernihkan pendengaran, terutama dapat dilakukan oleh orang lanjut usia. Ear candle juga dapat dijadikan alternatif perawatan telinga agar terhindar atau paling tidak mengurangi penurunan daya dengar. Selain itu, ear candle juga dapat mengatasi migrain, cephalgia (sakit kepala), gangguan keseimbangan, sulit tidur, telinga berdengung, telinga basah, dan sebagainya.

Ear candle bekerja pada titik akupressure dan sistem energi di sekitar telinga. Udara hangat yang ada di sekitar orang yang sedang menjalani terapi ini dapat menimbulkan rasa nyaman. Hal ini terjadi kerana energi vital dari api yang menyala pada telinga berpengaruh langsung pada titik akupressure di dalamnya. Ketika lilin diaplikasikan, lilin berfungsi untuk menyedut udara sehingga kotoran yang berada di telinga melekat pada dinding lilin. Udara hangat juga dapat merangsang gegendang telinga untuk meningkatkan sirkulasi pembuluh darah, menjaga keseimbangan rongga telinga, meningkatkan sirkulasi getah bening, zona refleks, dan titik-titik akupuntur.

Terapi telinga ini selamat digunakan jika dilakukan dengan prosedur yang benar. Terapi ini harus dilakukan dengan hati-hati agar tidak melukai dinding telinga yang dapat menyebabkan irritasi. Namun disarankan agar pesakit yang telah menjalani pembedahan telinga (timpanoplasty) tidak melakukan ear candle. Demikian pula halnya dengan orang yang sedang mengalami infeksi telinga, mengalami gegendang telinga yang pecah (perforasi membranatimfani), telinga bernanah (otitis media).

Kesibukan dan rutiniti kadangkala membuat kita lupa bahawa beberapa bahagian tubuh memerlukan perawatan. Contohnya saja telinga. Perawatan organ vital ini sering diabaikan meskipun fungsinya sebagai indera pendengaran sangatlah penting bagi kita.

Pada bahagian dalam pada telinga, ada sejumlah toksin yang terus diproduksi dan harus dibersihkan agar telinga selalu sihat dan bersih. Selain itu, struktur organ telinga yang terbuka menyebabkan debu dan kotoran mudah masuk dan bersarang di dalam kuping.

Cara tradisional yang selama ini sering dilakukan Untuk membersihkan telinga adalah menggunakan cotton bud. Namun cara ini juga cukup berisiko kerana jika tidak berhati-hati, cotton bud dapat melukai atau merosak bahagian dalam telinga. Risiko lain, cotton bud dapat tertinggal di dalam telinga.

Cara lain yang lebih moden, selesa, dan selamat untuk membersihkan telinga adalah dengan menggunakan terapi Ear Candle (lilin telinga). Terapi ear candle cukup efektif mengangkat kotoran yang berada dalam telinga. Dengan menggunakan ear candle yang berbentuk paip yang berbentuk khusus yang di hujungnya memiliki filter, kotoran lebih banyak terangkat.

Cara kerjanya sangat sederhana. Sekitar 5 minit dilakukan pengurutan di sekeliling telinga. Kemudian ear candle yang memiliki panjang kurang lebih 20 cm itu sebahagian hujungnya yang memiliki diameter terkecil dimasukkan ke dalam telingga. Lilin dibakar hingga menyisakan 1-2 cm di atas bahagian filter.

Ear candle sendiri merupakan balutan aromaterapi pada media semacam kain yang digulung menjadi paip yang dengan sebuah filter di hujung diameter terkecil. Berbagai jenis aromaterapi dari ear candle, antara lain papermint, lavender, bergamot dan lainnya.

Terapi ini sangat bagus untuk kesihatan telinga. Kotoran akan terangkat dengan selamat. Pada orang yang pertama kali melakukan terapi ini biasanya akan banyak kotoran telinga yang terangkat.

Terapi dapat dilakukan seminggu sekali atau sebulan sekali, tergantung aktiviti yang dikerjakan. Orang yang aktivitinya banyak di luar ruangan atau lapangan, telinganya akan lebih cepat kotor sehingga harus lebih sering membersihkan telinga.

Beberapa manfaat yang dapat dari terapi ini antara lain, membuat wajah lebih segar, menyamankan perasaan dan mengatasi insomnia, mengatur keseimbangan energi, mengurangi ketegangan dan stress, meringankan pening kepala, migrain dan lainnya. Anda tertarik mencuba?

Bagi Anda yang ingin membersihkan telinga, tak ada salahnya mencuba terapi ear candle Madinatul Asrar . Terapi ini sudah popular di Kota-kota besar. Saat ini pun sudah hadir di Kuching,Sarawak..

Sesuai namanya, terapi ini menggunakan lilin. Tentu saja bukan lilin sembarangan. Bentuknya mirip lilin biasa, hanya saja bagian tengahnya berlubang, seperti sedutan minuman. Diameternya 1,5 cm dan panjangnya kira-kira 20 cm. Bagaimana cara kerjanya? Menurut Perawat Madinatul Asrar, terapi ini digunakan untuk menyembuhkan atau mengurangi keluhan beberapa penyakit. Umumnya memang yang berkaitan dengan pendengaran. “Fungsi utamanya untuk membersihkan sekaligus untuk terapi terkait dengan kelainan di telinga,”

Dijelaskannya, ear candle bekerja layaknya vacuum cleaner yang menyedut kotoran. Lilin yang dibakar akan menghasilkan panas. Tekanan udara di atas menjadi lebih rendah sehingga asap putih hasil bakaran lilin masuk ke dalam telinga. Setelah 3/4 lilin terbakar, asap di dalam telinga pun menjadi jenuh.

Dengan adanya aliran udara dan tekanan lebih tinggi, asap putih itu akhirnya keluar dari dalam telinga sambil membawa partikel-partikel yang ada di dalam telinga. “Panas yang masuk aka menyedut kotoran yang ada di telinga,”. Pada saat terapi ini juga, lanjut, perawat juga melakukan pengurutan di daerah sekitar telinga. Tujuannya untuk membantu memperlancar alirah darah. Aroma lilin juga memberikana aroma terapi sehingga memberikan manfaat bagi pemakainya. “Ada aroma terapi khusus dalam terapi yang memberikan kenyamanan,”.

Lalu apakah terapi ini tidak merosak gegendang telinga?ukuran dari lilin sudah standard. Ertinya, perawat sudah memperkirakan ukuran lilin dan telinga. Terapi ini tidak akan menyentuh gegendang telinga sehingga selamat untuk digunakan.

Temujanji : EN. AKRAF 0176624234 / PN. EKIN 012263123

Rawatan terbuka untuk wanita dan lelaki

Rawatan Muka : Scrub & Masker

SCRUB & MAKSKER
35 MINIT
RM15.00



Rawatan ini berharga RM15 sahaja untuk satu sesi dan mengambil masa selama 35 minit. Rawatan asas yang sangat ringkas tetapi memberi kepuasan serta memberi satu hasil yang baik untuk wajah. Mari saya terang rawatan yang kami berikan untuk pakej ini.


  • Cleansing Milk - Kami akan mengunakan cleansing milk bagi tujuan untuk menanggalkan meke-up atau kekotoran yang melekat di muka.
  • Scrub - Selepas itu kami akan mengunakan scrub bagi menanggalkan sel-sel kulit mati di muka serta ia dapat mencerahkan kulit wajah.
  • Masker - Kami akan meletakkan masker selepas step scrub dilakukan. Kami akan membiarkan dalam 20 minit bagi proses pengeringan berlaku. Khasiat daripada pengunaan masker diwajah dapat mencerahkan kulit wajah serta merehatkan wajah. 
  • Cleanser - Selepas pengunaan masker. Langkah terakhir adalah mencuci wajah anda & rawatan berakhir.
* Step yang dinyatakan di atas adalah step-step yang penting sepajang proses rawatan ini di jalankan. Scrub, Masker & Cleanser yang digunakan adalah mengikut kesesuaian kulit wajah anda.

Semoga rawatan ini memberi kepuasan untuk anda.

TEMUJANJI : EN. AKRAF 0176624234 / PN. Ekin 0122631213

Monday, January 30, 2012

Atasi Sakit Kepala Dengan Bekam Sunnah Dan Bekam Lintah

Hampir kebanyakkan masyarakat sekeliling menghidapi sakit kepala atau migrain. Salah satu penyakit yang datang tanpa diduga. Kita tidak boleh terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Kerana kesakitan akan hilang seketika dan akan berulang. Mari kita memahami istilah sakit kepala



Sakit kepala yang secara medis dikenal sebagai cephalalgia atau dilafalkan cephalgia adalah suatu kondisi terdapatnya rasa sakit di dalamkepala: kadang sakit di belakang leher atau punggung bagian atas, disebut juga sebagai sakit kepala. Jenis penyakit ini termasuk dalam keluhan-keluhan penyakit yang sering diutarakan.

Salah satu jenis sakit kepala yang juga banyak dikeluhkan adalah sakit kepala sebelah atau migrain. Serangan sakit kepala migrain terasa lebih menyiksa dan terkadang datang tiba-tiba. Penderita migrain akan merasakan nyeri dan berdenyut seperti dipukuli dan ditarik-tarik dan biasanya disertai dengan gangguan saluran cerna seperti mual dan muntah. Penderitanya pun cenderung menjadi lebih sensitif terhadap cahaya, suara dan bau-bauan. Hal itu tentu amat mengganggu dan bisa menghambat segala aktifitas si penderita.

Kata migrain berasal dari bahasa Yunani yaitu hemicrania (hemi = setengah, cranium = tengkorak kepala). Serangan sakit kepala migrain dapat terjadi beberapa kali setahun sampai beberapa kali seminggu, dengan lama serangan biasanya 1-2 jam. Migrain atau sakit kepala sebelah sebenarnya belum diketahui secara pasti penyebabnya. Namun, diperkirakan jenis sakit kepala ini disebabkan karena adanya hiperaktifitas impuls listrik otak yang meningkatkan aliran darah di otak sehingga terjadi pelebaran pembuluh darah otak serta proses inflamasi (luka radang).
Pernah anda tahu bahawa terpi lintah atau bekam sunnah mampu mengatasi masalah ini. Khasiat dari air liur lintah yang melancarkan peredaran darah dan pembuangan darah kotor melalui bekam sunnah juga melancarkan peredaran darah, Rawatan hendaklah di buat secara konsisten. Kedua-dua terapi ini adalah salah satu rawatan alternatif untuk merawat penyakit dengan kos yang minima.

Contoh Gambar:







Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan rawatan ini sila membuat temujnji bagi mengelak menunggu terlalu lama. 

Hotline Kami : 0176624234 / 0122531213