Friday, February 10, 2012

Rawatan Bekam Lintah Selamat & Berkesan



Pada 08/02/2012 satu kenyataan di akhbar yang bertajuk 'Kementerian Kesihatan Larang Rawatan Lintah'. Telah menimbulkan keraguan pada pelanggan terhadap keberkesanan atau keselamatan terapi ini. Sebagai pemilik perfectQ, merupakan salah satu pusat yang menawarkan perkhidmatan bekam lintah ini menerima tempias di atas kenyaataan ini. Bukan kami sahaja yang menerima tempias ini, tetapi ramai pengusaha yang menjadikan terapi lintah ini sebagai sumber pendapatan turut terjejas. Pada pendapat peribadi saya, persoalan yang terdapat di kenyataan yang diberi oleh  pihak Kementerian Kesihatan adalah kebanyakannya adalah tidak pasti. Kenyaatan tanpa usul periksa atau kajian.

Mari kita membaca kenyataan beliau.


Kementerian Kesihatan larang rawatan lintah
Oleh Suzalina Halid
suzalina@bharian.com.my
2012/02/08

Kaedah dikesan tak selamat, risiko sebar penyakit berjangkit

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak pernah memberi kelulusan kepada pusat kesihatan menjalankan kaedah perubatan melalui penggunaan lintah kerana keberkesanannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Sehubungan itu, orang ramai dilarang menggunakan lintah sebagai kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain.

“Kita memang tidak benarkan kaedah ini untuk rawatan kerana ia belum terbukti berkesan, termasuk tanggapan lintah menghisap darah kotor juga salah, tiada darah kotor dalam perubatan.

“Berhubung penyakit tibi, berkemungkinan besar seseorang itu boleh berjangkit kerana duduk bersebelahan ketika menjalankan rawatan itu, tidak semestinya oleh kuman dibawa lintah.

“Proses rawatan itu memang mampu memindahkan penyakit berbahaya yang berkaitan dengan darah ketika penggunaan lintah itu. Kesan gigitan lintah juga boleh melambatkan darah beku, ” katanya ketika mengulas kenyataan Pakar Dermatologi Hospital An-Nur, Dr Saadiah Sulaiman, kaedah rawatan berkenaan yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta mengeluarkan darah kotor, sebenarnya mendedahkan pelanggan kepada sejenis penyakit batuk kering (tibi) ganjil.
Dr Saadiah berkata, setakat ini dua pelanggan sudah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dijangkiti penyakit itu akibat terapi terbabit.

Dr Hasan berkata, pada masa sama pengguna diminta memberikan maklumat berhubung pusat rawatan didakwa mampu menyebarkan penyakit terbabit supaya kementerian boleh mengambil tindakan selanjutnya.

“Beritahu kita maklumat di mana pusat rawatan didakwa menyebarkan penyakit tibi itu, kita akan pergi sana untuk ambil tindakan,” katanya.


Secara peribadi, saya bersetuju persoalan yang di utara oleh pemilik Leech World di atas kenyaatan di atas. Mari saya kongsikan persoalan yang di utarakan oleh pemilik Leech World. Boleh juga di lihat di link http://leech.com.my/

PERSOALANNYA ??? oleh Leech World

1) Rawatan Bekam Lintah tidak dapat dibuktikan secara saintifik?

Siapakah yang patut dipertanggungjawab untuk melakukan kajian saintifik ini? Adakah orang ramai atau syarikat yang tidak mampu melaksanakannya?

2) Kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah?

Ini bermakna kepada pesawah-pesawah dan petani-petani yang menjalankan kerja di sawah padi dimana selalu di gigit oleh lintah adalah orang yang berpotensi membawa penularan penyakit berbahaya ini.

3)Penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain.

Apakah Penyebaran penyakit berbahaya itu?

4) Dr Saadiah berkata, setakat ini dua pelanggan sudah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dijangkiti penyakit itu akibat terapi terbabit.

Adakah disebabkan dua pesakit sahaja dapat memberi rumusan yang tepat mengenai kenyataan ini?

Jawapan secara peribadi oleh saya, pemilik perfectQ.

Di Malaysia masih belum ada pihak yang membuat kajian terhadap lintah dan keberkesanannya. Tetapi di luar negara kajian terhadap lintah & keberkesanannya di perakui. Bekam lintah merupakan salah satu rawatan tradisional. Rawatan alternatif bagi merawat masalah kesihatan dan mungkin tidak boleh dirawat di hospital ataupun klinik. Ramai yang telah memperolehi kebekesanan selepas mendapat terapi ini. 

Tiada istilah darah kotor dalam perubatan. Tetapi dalam istilah rawatan tradisional ianya anda. Ianya bergantung kepada pendapat individu. Berbekam adalah salah satu rawatan yang telah di amalkan oleh Nabi S.A.W kerana ianya berkesan mengeluarkan darah yang bertoksid. 

Rawatan lintah ini taik boleh menular penyakit yan tidak diingini sekiranya pengusaha terapi lintah mengamalkan kebersihan ataupun keselamatan sepanjang proses terapi ini dijalankan. Penggunaan lintah berulang dan tidak di kuaratinkan memang tidak boleh digunakan untuk terapi. 

Kesimpulannya..

Semua pihak atau mana-mana jabatan berhak untuk membuat larangan atau mengeluarkan pendapat. Berdasar kenyataan di atas, tidak salah kerana ianya memberi kesedaran atau keselamatan masyarakat. Cuma di harapkan sebelum membuat kenyataan harus membuat kajian yang lebih lengkap. Supaya ia tidak membawa keraguan kepada pihak-pihak yang lain. Adalah lebih manis sekiranya kenyataan yang di utarakan bertukar kepada 'Kementerian Kesihatan Menasihati Agar Berhati-hati Mendapatkan Bekam Lintah'. Kenyataan 'Kementerian Kesihatan Larang Bekam Lintah'  agak kasar dan menyumbang keraguan masyarakat dan menyekat rezeki pengusaha terapi ini. Isu yang berbangkit sebenarnya adalah kelalaian segelintir pengusaha kerana menggunakan kembali lintah yang sudah terpakai. 

* Sebagai pemilik perfectQ, berharap rakan-rakan yang mengusahakan terapi bekam lintah ini memberi perkhidmatan yang bersih & selamat. Untuk pengguna kami nasihatkan agar mencari pusat perawatan bekam lintah yang benar-benar terjamin kebersihan & keselamatan.

Di harap para pelanggan tidak akan meragui keberkesanan terapi lintah ini...




No comments:

Post a Comment