Monday, February 13, 2012

Rawat Kudis Buta Dengan Bekam Lintah



Masalah kulit berkudis terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

(a) Kudis buta (skabies)
Penyakit ini adalah disebabkan oleh hama gatal(betina). Ia gemar mengorek bahagian lipatan kulit dan bertelur di dalamnya.

(b) Jangkitan kulit(impetigo)
Ia adalah jangkitan bakteria yang biasanya terjadi di permukaan kulit. Ia mudah dan sering terjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Tanda-tanda

1. Skabies
Gatal di seluruh anggota badan, terutama pada waktu malam.
Terdapat bintik-bintik merah yang bernanah di bahagian badan yang dijangkiti.

2. Impetigo
- Mula muncul sebagai lepuh kecil. Lama-kelamaan, ia akan menggelembung dan membentuk tompok-tompok basah yang kecil berwarna merah.
- Lepuh ini akan mengeluarkan cecair.
- Secara beransur-ansur, keruping yang berwarna kuning keperangan akan muncul meliputi kawasan yang dijangkiti.

Bahagian badan yang biasa dijangkiti

1. Skabies
Di bahagian badan, celah ketiak, keliling pusat, sendi lengan, tangan, celah-celah jari tangan dan kaki, punggung, dan kemaluan.

2. Impetigo
Terjadi di bahagian muka, terutamanya di antara bibir atas dan hidung, lengan, tangan, dan kaki.

Dengan terapi lintah, khasiat daripada enzime yang terdapat di dalam air liur lintah akan melancarkan peredaran darah. Lintah akan menyedut darah kotor, nanah dan hasil daripada terapi ini mampu mengeringkan kudis. 

Ini adalah satu rawatan alternatif bagi mereka yang mahu cepat sembuh dan tidak mahu bergantung pada perubatan moden.

* Bagi yang ingin mendapatkan rawatan ini boleh hubungi kami di talian Pn. Ekin 012 263 1213 / En. Akraf 017 662 4234

No comments:

Post a Comment