Tuesday, February 14, 2012

Prosedur Sebelum & Selepas Bekam Lintah di PerfectQ

PerfectQ menawarkan perkhidmatan Bekam Lintah. Perkhidmatan ini telah kami tawarkan kepada masyarakat sejak pertengahan tahun 2009. Kami telah mendapatkan kursus rawatan di D'Winz Health Care yang dikemudi oleh Dr. Mahadi Bin Abdullah dan sijil ini telah di keluarkan oleh pihak His Fitness Sdn Bhd. Rawatan Bekam Lintah ini bertujuan mengeluarkan darah kotor atau bertoksid serta melancarkan peredaran darah di dalam badan.

Rawatan melalui kaedah ini mampu merawat masalah migrain ataupun sakit kepala, resdung, jerawat, putaran haid yang tidak teratur, bengkak-bengkak badan, gout, bisul, sakit-sakit sendi, dll.

Rawatan yang kami ini adalah bersih dan selamat. Lintah yang kami gunakan untuk rawatan ini akan melalui proses kuaratin terlebih dahulu sebelum digunakan kepada para pesakit.

Proses Kuaratin Lintah.

1)      Lintah akan di kuaratinkan selama 2 atau 3 minggu sebelum digunakan.
2)      Penggunaan serbuk kunyit dan halia akan digunakan didalam proses ini. Ini kerana kunyit atau halia mempunyai ciri-ciri pemati kuman atau bacteria bagi memastikan lintah yang digunakan bersih.
3)      Penggunaan air lintah kami adalah mengunakan air yang ditapis atau mineral.
4)      Penggunaan serbuk kunyit, halia dan air akan di tukar 2 kali sekali bagi menjamin kebersihan air.

Prosedur Rawatan Bekam Lintah


1)      Pesakit akan di beri penerangan tetang rawatan bekam lintah ini merangkumi semua aspek.
2)      Mengenal pasti masalah pesakit dan point-point untuk berbekam.
3)      Membuat persedian barang-barang rawatan bekam.
4)      Membersihkan kawasan berbekam dengan air bersih.
5)      Memulakan rawatan bekam lintah, dengan meletakkan lintah di point-point yang telah dikenal pasti.
6)      Proses berbekam mengambil masa hampir 2 jam bergantung pemilihan pakej.
7)      Setelah selesai berbekam. Kawasan yang telah digigit oleh lintah akan kami bersihkan dengan air serta alcohol swap / dettol bagi mengelakkan jangkitan kuman.
8)      Kesan gigitan lintah akan kami tampal dengan kapas kerana proses pembekuan darah selepas rawatan ini mengambil masa sekurangnya 6 jam.
9)      Semua lintah yang telah digunakan untuk berbekam akan kami rendam dengan dettol atau air garam bagi proses penghapusan. Lintah yang digunakan tidak akan digunakan pada pesakit yang lain. Proses penghapusan ini akan kami lakukan dihadapan pesakit.
10)  Setelah selesai pihak kami akan berbincang dengan pesakit untuk rawatan susulan. Bergantung masalah pesakit.
11)  Segala barang atau kelengkapan alatan sepajang proses rawatan ini akan di sterile bagi tujuan pemati kuman.

 Gambar Sepanjang Proses Kursus Bekam Lintah



















No comments:

Post a Comment