Monday, December 30, 2013
12 MAKANAN KEGEMARAN NABI MUHAMMAD (SAW)
Saturday, December 28, 2013
KEBAIKAN BEKAM OVERHAUL
Wednesday, December 25, 2013
Rawatan Bekam Sunnah Pesakit Dari Kelana Jaya
Jangan biarkan penyakit menghampiri anda cegah dan ubati melalui berbekam.
Sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan ini sila hubungi saya En. Akraf 017 662 4234 / 019 643 4527 dan Pn. zila 019 284 2838. www.perfectq.co.nr seremban-bekam.blogspot.com.
Friday, December 6, 2013
Mafaat rawatan Bekam Angin & Bekam Sunnah
Monday, December 2, 2013
10 Mafaat Urutan
10 Manfaat daripada Urutan: 1. Meningkatkan peredaran dara 2. Melegakan kekejangan otot 3. Mengawal tekanan darah 4. Mendetoksifikasi badan anda 5. Melegakan kesakitan 6. Kulit bersinar 7. Mengekalkan mobiliti sendi 8. Penghadaman yang lebih baik 9. Membantu menurunkan berat badan 10.Tanpa tekanan |
Saturday, November 30, 2013
Pusat Kami menawarkan perkhidmatan bekam dengan harga yang cukup murah dan bermafaat!!!
Bekam
* Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa tujuan mengubati penyakit.
* Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.
Alat Bekam
* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.
* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.
Larangan Berbekam
* Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.
* Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.
Kebaikan Berbekam
* Membantu menghilangkan pening dan migrain.
* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.
Jenis bekam
Bekam kering
Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.
Bekam basah
Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.
Saturday, November 23, 2013
Kenapa perlu berpuasa terlebih dahulu sebelum berbekam?
Berpuasa terlebih dahulu dapat membantu agar darah Kotor atau toksin adalah sebenarnya dikeluarkan. Ini kerana darah tidak bercampur dengan makanan.
Berpuasa sekurangnya 2 jam sebelum dapat memastikan pesakit dalam keadaan tidak terlalu kenyang dalam erti lain prosess hadaman sudah diyakini sudah berlaku ataupun selesai.
Ini kerana sekiranya seorang individu dalam keadaan kenyang dan mendapatkan rawatan. Mungkin akan terasa nak pitam, loya, rasa ingin muntah dan pening. Walaupun bagaimanapun ianya bergantung kepada tahap antibodi masing-masing.
Anda juga dikehendaki berada dalam keadaan relax dan tidal terlampau penat dalam proses berbekam berlansung. Sekiranya anda terasa ingin pitam. Sila beritahu jurubekam anda. Sekiranya anda ingin pitam proses bekam akan di hentikan serta merta.
Monday, November 11, 2013
Saturday, October 5, 2013
Kursus Rawatan Bekam Sunnah Murah!!!
Bertujuan untuk memperkenalkan kebaikan dan mafaat terapi berbekam Dan bertujuan untuk membantu masyarakat atau membuka peluang menjana pendapatan secara part time atau full time.
Berminat boleh hubungi saga En.Akraf 0176624234 / 0196434527
Saturday, September 28, 2013
Mengatasi Masalah Sembelit dengan Berbekam
KENAPA HARUS BERPUASA SEBELUM BERBEKAM
Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak maka
Monday, September 2, 2013
Gambar Melakukan Rawatan Bekam Sunnah
Rawatan ini merupakan rawatan susulan ke 2 terhadap pesakit ini. Alhamdulillah pesakit ini mendapatkan kesan yang baik terhadap rawatan yang pertama.
Monday, August 26, 2013
Adat memulakan perjalanan
Adat memulakan perjalanan. Semoga perkongsian dapat menambah ilmu sesama kita dan mengunakannya dalam kehidupan seharian.
Dalam Islam ada caranya until mengelakkan sesuatu musibbah sebelum perjalanan dimulakan.
1. Baca
"Bismillahi tawakkaltu haulawala kuawata illahbillah"
sebelum melangkah keluar sebab kita tidak tahu bila akan berlaku kemalangan dan kita juga tidak tahu qada & qadar. Jika ia dibaca maka Allah akan beri perlindungan.
2. Ada juga petua yang diamalkan oleh orang soleh apabila membacavdoa until memulakan perjalanan. Jika bacaannya lancar, In Sha Allah perjalanan atau pekerjaan akan dilakukan akan success. Jika membaca tergagap-gagap Dan sangkut-sangkut maka tangguhkan dahulu perjalanan itu. Kemudian dibaca lagi hingga lancar barulah mulakan perjalanan.
"Bismillah A'Lazi la Yadurru Ma'asmihi Syai'un Fil Ardi Wa la fis sama'i wahuwas sami'ul alim".
Rasulullah s.a.w berkata, 'Sesiapa yang berdoa, "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apa pun dengan nama-NYA sama ada di bumi dan di langit, dan Dialah maha nendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali maka Ia tidak ditimpa kesusahan bala Dan musibah sehinggalah subuh esoknya, Dan barang siapa membacanya ketika subuh 3 Kali Ia tidak ditimpa kesusahan bala & musibah sehingga petangnya." (HR Abu Dawud).
Tuesday, August 20, 2013
Apakah itu toksin?
Kesan Kemudarat Toksin Kepada Tubuh ?
Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.
Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan keta. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah, ialah:-
Penyakit Kulit
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.
Tumor
Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai tisu badan.
Demam
Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, Kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.
Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi
Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akanmerembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.
Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksim dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.
Wednesday, August 14, 2013
Waktu operasi terkini
Isnin-Jumaat : 07.00pm-10.00pm
Sabtu : 02.00pm-10.00pm
Ahad & Cuti Umum : 10.00am-10.00pm
Walaupun kami mengalakkan and a membuat temujanji terlebih dahulu bag I mengelak anda menunggu. Kami juga tidak akan beroperasi sekiranya terdapat hal Peribadi.
Kami memohon maaf kesulitan ini diatas perubahan waktu operasi.
Kami berusaha sebaik yang mung in bag I memberi perkhidmatan yang terbaik pada setiap pelanggan.
Tuesday, May 14, 2013
Monday, May 13, 2013
Pakej BS&G : RM70
Pakej gabungan khusus mereka yang menghidapi masalah jerawat, resdung, jaga suara, tidur berdengkur, membuang kayak, menjaga stamina DLL.
Gabungan Rawatan Bekam Sunnah & Rawatan Ghurah. Rawatan Bekam Sunnah 10 cup akan di buat terlebih dahulu bagi membuang toksin dan melancarkan peredaran darah. Ini bertujuan untuk mengatasi sumber sumber halangan pembaikan resdung. Selepas itu kami akan meneruskan rawatan ghurah.
Dibawah merupakan rawatan yang anda dapat dalam pakej INI.
- Bekam Sunnah 10 Cup
- Rawatan Lilin Resdung
- Rawatan Titisan Herba
Percuma
- 2 extra cup Bekam Sunnah
- Rawatan urutan bad an
- Rawatan Bekam Luncur
Anda digalakkan membuat temujanji di talian Akraf 0176624234/0196434527
Tuesday, April 9, 2013
Bekam Sunnah 3 Kali, Percuma 1 Kali Bekam Sunnah
Saya pasti ramai yang sudah mengetahui mafaat mendapatkan rawatan Bekam Sunnah.
Telah bersabda Rasulullah SAW
“Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” Riwayat Ibnu Majah
"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)
"Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara, iaitu minuman madu,sayatan alat bekam dan Kay(pembakaran) dengan api, dan sesungguhnya aku melarang umatku dari Kay" (Hadis sahih)
"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"(Hadis sahih)
"Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit, maka bekam juga boleh mencapainya" (Hadis sahih)
"Sebaik-baik hamba adalah jurubekam, kerana ia membuang darah kotor, melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan...." (Hadis Hasan Gharib)
"Bila apa yang kamu gunakan sebagai pengubatan ada yang boleh mengenai penyakit atau memburu penyakit, maka itu adalah bekam" (HR Ibnu Jarir)
Rawatan Bekam Sunnah boleh dilakukan sebulan sekali bagi yang sihat dan 2 minggu sekali bagi mereka yang menghidapi penyakit yang perlu mendapat kesembuhan yang cepat.
Pusat kami menawarkan 3 pekej Bekam Sunnah / Bekam Darah.
1) Bekam Sunnah Pakej 5 Cup : RM25
2) Bekam Sunnah Pakej 10 Cup : RM45 (Percuma Rawatan Bekam Luncur)
3) Bekam Sunnah Pakej 18 Cup : RM75 (Percuma Rawatan Bekam Luncur)
Mulai April 2013 kami membuat pakej promosi. Harga masih kekal sama, anda menikmati pelbagai rawatan percuma.
Pakej Promosi
1) Bekam Sunnah Pakej 10 Cup : RM45
- Percuma Rawatan Bekam Luncur
- Percuma Rawatan Bekam Angin 5 Cup
- Rawatan Urutan Badan
2) Bekam Sunnah Pakej 18 Cup : RM75
- Percuma Rawatan Bekam Luncur
- Percuma Rawatan Bekam Angin 5 Cup
- Rawatan Urutan Badan
Promosi istimewa, genapkan 3 kali rawatan sama ada Pakej Bekam Sunnah Pakej 10 Cup : RM45 / Bekam Sunnah Pakej 18 Cup : RM75 dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh pertama kali mendapatkan treatment. Dapat rawatan kali ke 4 Pakej Bekam Sunnah Pakej 10 Cup : RM45 secara percuma.
Jangan lepaskan peluang ini....
Anda boleh menghubungi saya Akraf 0176624234 / 0186434527
Monday, April 1, 2013
Monday, March 18, 2013
Hari Afdal Dalam Kelendar Islam Untuk Bulan March 2013
Rawatan Bekam Lintah atau Bekam Sunnah boleh dilakukan pada bila-bila masa dan hari. Hanya Bekam Sunnah harus elakkan pada hari Rabu melainkan tidak tahan sakit.
Sekiranya hari Rabu tersebut jatuhnya hari afdal tarikh kalendar Islam. Anda dibenarkan mendapatkan rawatan tersebut. Di bawah saya senaraikan tarikh afdal berbekam.
March 2013.
25.03.2013 (Isnin) : 13 J.Awal 1434
27.03.2013 (Rabu) : 15 J. Awal 1434
29.03.2013 (Jumaat) : 19 J. Awal 1434
31.03.2013 (Ahad) : 19 J. Awal 1434
Wajah Berseri, Licin, Tiada Jerawat Dengan Berbekam
Hilangkan jerawat, tegangkan kulit dan naikan seri muka dengan berbekam. Saya pasti ramai masyarakat di luar sana mengalami masalah kulit berjerawat, kulit nampak kusam dan tidak berseri. Kurang berkeyakinan menjalani kehidupan seharian. Jangan biarkan masalah ini menghantui anda. Pelbagai produk kecantikan dan ubatan telah digunakan bagi menyelesaikan masalah ini. Tapi masih gagal memiliki hasil yang diingin.
Jangan berputus asa. Anda harus mengatasi masalah anda secara dalaman..Mendapatkan rawatan bekam sunnah, mampu mengatasi masalah ini. Hasil anda akan perolehi setelah 2 / 3 kali rawatan. Bagi mengatasi masalah ini dengan baik. Ikuti langkah yang kami anjurkan.
Bagi mendapatkan kesan dengan cepat. Anda digalakkan mengambil Pakej 18 Cup berharga RM70 untuk kali pertama buat. Kami akan mengunakan 10-14 cup bagi membuang darah kotor didalam badan. Ini membantu membuang toksin dan darah kotor didalam badan. Ini membantu proses menyelesaian masalah jerawat dan menaikkan seri wajah. Membuang darah kotor didalam badan terlebih dahulu bertujuan mengelakkan terdapatnya kesan bekam di wajah. Selepas itu 4-5 cup akan digunakan untuk membuat bekam di wajah. Proses in untuk memberi kesan yang cepat bagi mengatasi masalah ini.
Anda dikehendaki mendapatkan rawatan susulan sekurangnya 2 kali dalam jarang seminggu per sesi. Untuk rawatan susulan ini anda perlu mendapatkan Pakej 5 Cup berharga RM25 sahaja. Tumpuan akan diberi pada bahagian wajah.
Anda tidak perlu bimbang lagi. Kini anda boleh tampil dengan wajah yang berseri, licin. Katakan tidak pada jerawat.
Saturday, March 16, 2013
Rawatan Pada 12/03/2013
Tuesday, February 26, 2013
Satu Lintah Satu Pelanggan
Terapi Bekam Lintah salah satu rawatan alternatif di outlet kami. Kami ingin memaklumkan Lintah yang kami guna adalah fresh dan lintah yang telah digunakan akan dihapuskan. Selepas lintah selesai menjalankan tugasnya. Kami akan menghapuskan lintah tersebut dihadapan pelanggan. Ianya bertujuan ingin memberi keyakinan kepada para pelanggan. Kami akan merendamkan Lintah yang telah digunakan dalam air garam. Lintah akan memuntahkan darah yang telah dihisap dan mati. Disini pelanggan boleh melihat darah yang telah disendut oleh Lintah.
Wednesday, February 20, 2013
Rawatan Ghurah Rawatan Terbaru!!!
Saya memperkenalkan satu rawatan terbaru. Rawatan Ghurah. Rawatan ini amat bersesuaian bagi mereka yang menghidapi masalah resdung, jerawat, menjaga stamina, menjaga suara dan mereka yang mengalami masalah dengkur. Outlet PerfectQ menawarkan 2 pakej.
1)Rawatan Ghurah : Titisan herba RM15 setiap sesi.
2)Rawatan Ghurah : Rawatan Lilin Resdung + Titisan Herba. RM30 setiap sesi.
Jangan biarkan kehidupan anda terseksa dengan masalah reading, jerawat dan jangan menyeksakan orang sekeliling anda dengan bunyi dengkur yang menakutkan. Atasi masalah ini dengan kami.