Saturday, November 23, 2013

Kenapa perlu berpuasa terlebih dahulu sebelum berbekam?

Kita digalakkan berpuasa satu hari atau 2 jam sebelum berbekam sunnah atau darah. Kerana berpuasa terlebih dahulu dapat membantu mendapat mafaat berbekam terhadap individu.

Berpuasa terlebih dahulu dapat membantu agar darah Kotor atau toksin adalah sebenarnya dikeluarkan. Ini kerana darah tidak bercampur dengan makanan.

Berpuasa sekurangnya 2 jam sebelum dapat memastikan pesakit dalam keadaan tidak terlalu kenyang dalam erti lain prosess hadaman sudah diyakini sudah berlaku ataupun selesai.

Ini kerana sekiranya seorang individu dalam keadaan kenyang dan mendapatkan rawatan. Mungkin akan terasa nak pitam, loya, rasa ingin muntah dan pening. Walaupun bagaimanapun ianya bergantung kepada tahap antibodi masing-masing.

Anda juga dikehendaki berada dalam keadaan relax dan tidal terlampau penat dalam proses berbekam berlansung. Sekiranya anda terasa ingin pitam. Sila beritahu jurubekam anda. Sekiranya anda ingin pitam proses bekam akan di hentikan serta merta.



No comments:

Post a Comment