Monday, August 26, 2013

Adat memulakan perjalanan

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi dalam majalah Al Islam Ogos 2013 edisi khas Al - Hajj (Gema Cinta Allah dalam 7)

Adat memulakan perjalanan. Semoga perkongsian dapat menambah ilmu sesama kita dan mengunakannya dalam kehidupan seharian.

Dalam Islam ada caranya until mengelakkan sesuatu musibbah sebelum perjalanan dimulakan.

1. Baca

"Bismillahi tawakkaltu haulawala kuawata illahbillah"

 sebelum melangkah keluar sebab kita tidak tahu bila akan berlaku kemalangan dan kita juga tidak tahu qada & qadar. Jika ia dibaca maka Allah akan beri perlindungan.

2. Ada juga petua yang diamalkan oleh orang soleh apabila membacavdoa until memulakan perjalanan. Jika bacaannya lancar, In Sha Allah perjalanan atau pekerjaan akan dilakukan akan success. Jika membaca tergagap-gagap Dan sangkut-sangkut maka tangguhkan dahulu perjalanan itu. Kemudian dibaca lagi hingga lancar barulah mulakan perjalanan.

"Bismillah A'Lazi la Yadurru Ma'asmihi Syai'un Fil Ardi Wa la fis sama'i wahuwas sami'ul alim".

Rasulullah s.a.w berkata, 'Sesiapa yang berdoa, "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apa pun dengan nama-NYA sama ada di bumi dan di langit, dan Dialah maha nendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali maka Ia tidak ditimpa kesusahan bala Dan musibah sehinggalah subuh esoknya, Dan barang siapa membacanya ketika subuh 3 Kali Ia tidak  ditimpa kesusahan bala & musibah sehingga petangnya." (HR Abu Dawud).


No comments:

Post a Comment