Bagaimana Usus Berfungsi?
Sistem penghadaman kita berperanan dalam memastikan makanan
yang dimakan akan dihancurkan, hadam dengan sepenuhnya dan diserap oleh badan
untuk membekalkan kita tenaga.
Sistem penghadaman yang terlibat adalah mulut, esofagus,
perut, usus kecil dan besar. Seterusnya dibantu oleh organ tambahan iaitu hati,
pankreas dan hempedu.
10 Tanda Usus Tidak Sihat
- Sembelit.
- Sering sakit kepala.
- Susah nak hadam.
- Selalu rasa lesu dan tak bertenaga.
- Nafas dan najis berbau.
- Perut buncit.
- Selalu lapar.
- Gastrik.
- Pedih ulu hati.
- Cirit-birit.
Kesan sekiranya usus kita kotor dan toksin berlebihan dalam
badan
- Jantung stress atau lemah.
- Sakit sendi.
- Badan lesu dan otot lemah.
- Berat badan bertambah.
- Cepat nampak tua.
- Kanser.
Tabiat sihat untuk usus.
Pertubuhan Gastroenterologi Sedunia mensyorkan panduan makan
untuk memastikan sistem penghadaman kita
berada pada tahap optimum.
Amalkan pengambilan hidangan makanan lebih kecil secara
lebih kerap seperti 4-5 sajian lebih kecil dan bukannya 2-3 sajian besar,
setiap hari.
Makan lebih banyak makanan berserat seperti buah-buahan
(pear, epal, betik), sayuran (brokoli, sayuran berdaun hijau, cendawan),
kekacang (pea, lentil) dan bijian penuh (roti, bijirin, beras perang).
Mengambil lebih banyak hidangan ikan , sekurang-kurangnya
3-5 kali seminggu.
Mengambil daging kurang berlemak seperti ayam, ayam belanda
atau daging lembu tanpa lemak.
Kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak atau
makanan goreng.
Kita disarankan mengambil probiotik seperti susu kultur
dengan lebih kerap.
Kita disarankan minum sekurang-kurangnya dua liter air
setiap hari dan mengurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein,
alkohol dan gula.
Mengamalkan gaya hidup sihat dan senaman fizikal secukupnya.
Ini sangat penting kepada kesihatan sistem penghadaman, dan juga kesihatan
badan secara keseluruhan.
Cara berikut dapat membantu dalam memastikan sistem
penghadaman kita bekerja secara optimum:
Mengurangkan tekanan – tekanan atau stres berlebihan boleh
melencongkan pengaliran darah daripada sistem penghadaman kita.
Sistem penghadaman mudah disesuaikan dengan rutin harian.
Dengan menetapkan masa tertentu untuk tugas tertentu, kita dapat membantu
sistem penghadaman dan seterusnya
membuat diri berasa lebih berupaya mengawal keadaan.
Kekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat. Senaman jenis
kardiovaskular membantu menguatkan otot abdomen.
Ini dapat merangsang otot usus untuk menolak kandungan dalam
usus.
Berhenti merokok. Merokok akan mengurangkan tekanan di
persimpangan antara perut dan esofagus, menyebabkan asid perut mengalir balik
ke dalam esofagus dan boleh menyebabkan pedih hulu hati dan pelbagai komplikasi
lain.
Hadkan minuman yang mengandungi alkohol, kafein atau gula.
Alkohol boleh menyebabkan keradangan perut atau dinding esofagus seterusnya
mencetuskan gejala pedih hulu hati.
No comments:
Post a Comment