Thursday, June 11, 2015

Zikir Harian




JUMAAT : YA ALLAH – 1,000 KALI, ALLAH HAMPIR KEPADA KITA, ALLAH BERI KITA SOLAT, ISLAM, RAJIN, SUKA, LAZAT, BERAMAL IBADAH, TIDAK MALU TUTUP AURAT BAGI PEREMPUAN.

SABTU : LAA ILAHA ILLA ALLAH – 1,000 KALI,

SENANG HATI, AMAN DAN TENTERAM.

AHAD : YA HAYYU YA QAYYUM – 1,000 KALI,

ALLAH HIDUPKAN KITA DAN BERI PELIHARAANNYA.

ISNIN : LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL ALIYYIL AZIM – 1,000 KALI,

SATU KALIMAT UMPAMA SATU BUKIT UHUD. BANYAK KALI SEBUT HILANGLAH SIFAT MENUNJUK-NUNJUK, KEJI, RIAK, TAKABBUR, SAYANGKAN DUNIA DAN SEBAGAINYA.

SELASA : ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMADIN ABDIKA WARUSULIKA NABIYYI WA UMMIYYI WA’ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM – 1,000 KALI,

ALLAH AMPUNKAN DOSANYA SATU TAHUN (KALAU NAK PENDEK SELAWAT KE ATAS NABI)

RABU : ASTAGHFIRULLAH AL’AZZIM AL-LAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM – 1,000 KALI,

SATU KALI SEBUT HILANG SATU TITIK HITAM DALAM HATI KITA. SATU TITIK HITAM ADALAH DARI SATU DOSA, JIKA TIDAK MEMINTA MAAF (MENGHILANGKANNYA) WALAUPUN SEMBAHYANG,KITA AKAN MASUK NERAKA SELAMA MANA TITIK HITAM TERSEBUT BERADA DALAM HATI KITA.

KHAMIS : SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH – 1,000 KALI,
ALLAH AMPUNKAN DOSA SEBANYAK BUIH DILAUT, DAN SATU KALI SEBUT TUMBUH SATU POHON SYURGA UNTUK KITA DI TAMAN SYURGA.

Thursday, May 7, 2015

Kepentingan Menjaga Kesihatan Usus

Bagaimana Usus Berfungsi?

Sistem penghadaman kita berperanan dalam memastikan makanan yang dimakan akan dihancurkan, hadam dengan sepenuhnya dan diserap oleh badan untuk membekalkan kita tenaga.

Sistem penghadaman yang terlibat adalah mulut, esofagus, perut, usus kecil dan besar. Seterusnya dibantu oleh organ tambahan iaitu hati, pankreas dan hempedu.

10 Tanda Usus Tidak Sihat

  • Sembelit.
  • Sering sakit kepala.
  • Susah nak hadam.
  • Selalu rasa lesu dan tak bertenaga.
  • Nafas dan najis berbau.
  • Perut buncit.
  • Selalu lapar.
  • Gastrik.
  • Pedih ulu hati.
  • Cirit-birit.

Kesan sekiranya usus kita kotor dan toksin berlebihan dalam badan
  • Jantung stress atau lemah.
  • Sakit sendi.
  • Badan lesu dan otot lemah.
  • Berat badan bertambah.
  • Cepat nampak tua.
  • Kanser.

Tabiat sihat untuk usus.

Pertubuhan Gastroenterologi Sedunia mensyorkan panduan makan untuk memastikan  sistem penghadaman kita berada pada tahap optimum.

Amalkan pengambilan hidangan makanan lebih kecil secara lebih kerap seperti 4-5 sajian lebih kecil dan bukannya 2-3 sajian besar, setiap hari.

Makan lebih banyak makanan berserat seperti buah-buahan (pear, epal, betik), sayuran (brokoli, sayuran berdaun hijau, cendawan), kekacang (pea, lentil) dan bijian penuh (roti, bijirin, beras perang).

Mengambil lebih banyak hidangan ikan , sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu.

Mengambil daging kurang berlemak seperti ayam, ayam belanda atau daging lembu tanpa lemak.

Kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak atau makanan goreng.

Kita disarankan mengambil probiotik seperti susu kultur dengan lebih kerap.

Kita disarankan minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari dan mengurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein, alkohol dan gula.

Mengamalkan gaya hidup sihat dan senaman fizikal secukupnya. Ini sangat penting kepada kesihatan sistem penghadaman, dan juga kesihatan badan secara keseluruhan.

Cara berikut dapat membantu dalam memastikan sistem penghadaman kita bekerja secara optimum:

Mengurangkan tekanan – tekanan atau stres berlebihan boleh melencongkan pengaliran darah daripada sistem penghadaman kita.

Sistem penghadaman mudah disesuaikan dengan rutin harian. Dengan menetapkan masa tertentu untuk tugas tertentu, kita dapat membantu sistem penghadaman  dan seterusnya membuat diri berasa lebih berupaya mengawal keadaan.

Kekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat. Senaman jenis kardiovaskular membantu menguatkan otot abdomen.

Ini dapat merangsang otot usus untuk menolak kandungan dalam usus.

Berhenti merokok. Merokok akan mengurangkan tekanan di persimpangan antara perut dan esofagus, menyebabkan asid perut mengalir balik ke dalam esofagus dan boleh menyebabkan pedih hulu hati dan pelbagai komplikasi lain.


Hadkan minuman yang mengandungi alkohol, kafein atau gula. Alkohol boleh menyebabkan keradangan perut atau dinding esofagus seterusnya mencetuskan gejala pedih hulu hati.

Sunday, April 26, 2015

Tanda-Tanda Kita DiSayangi Oleh Allah s.w.t.

Tanda Allah sayang kepada kita. Dia uji kita dengan pelbagai ujian.

Tanda kita sayang akan Allh, kita taat semua perintah-Nya dan berbakti semata-mata untuk-Nya.

Tanda kita tidak disayangi Allah, apabila kita tidak diberi apa-apa ujian dan dibiarkan terus melakukan pelbagai kejahatan dan melanggar semua perintah-Nya. 

Thursday, April 23, 2015

6 Penghalang Doa

Rasulullah mengajar : "Doa itu ibadah" Kemudian Baginda membaca ayat: " Dan Tuhan kamu berfirman: 'Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina. (Ghafir 40:60)'" (Riwayat al-Tarmizi)

Maknanya dengan berdoa, bukan sahaja hajat ditunaikan, kita juga mendapat pahala. Maknanya juga, ada perkara yang boleh membatalkan doa kita sebagaimana perkara membatalkan solat atau menyebabkan tidak sah ibadah puasa, zakat, haji dan lain-lain.




Berikut ENAM perkara yang membatalkan doa atau dengan kata lain perkara yang menyebabkan doa tidak dimakbulkan.

1. DOSA DIRI


2. MEMAKAN MAKANAN YANG HARAM


3. TIDAK IKHLAS BERDOA KEPADA ALLAH

4. BERDOA DENGAN HATI YANG LALAI

5. TIDAK MELAKUKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

6. PUTUS ASA DALAM DOA