Monday, August 26, 2013

Adat memulakan perjalanan

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi dalam majalah Al Islam Ogos 2013 edisi khas Al - Hajj (Gema Cinta Allah dalam 7)

Adat memulakan perjalanan. Semoga perkongsian dapat menambah ilmu sesama kita dan mengunakannya dalam kehidupan seharian.

Dalam Islam ada caranya until mengelakkan sesuatu musibbah sebelum perjalanan dimulakan.

1. Baca

"Bismillahi tawakkaltu haulawala kuawata illahbillah"

 sebelum melangkah keluar sebab kita tidak tahu bila akan berlaku kemalangan dan kita juga tidak tahu qada & qadar. Jika ia dibaca maka Allah akan beri perlindungan.

2. Ada juga petua yang diamalkan oleh orang soleh apabila membacavdoa until memulakan perjalanan. Jika bacaannya lancar, In Sha Allah perjalanan atau pekerjaan akan dilakukan akan success. Jika membaca tergagap-gagap Dan sangkut-sangkut maka tangguhkan dahulu perjalanan itu. Kemudian dibaca lagi hingga lancar barulah mulakan perjalanan.

"Bismillah A'Lazi la Yadurru Ma'asmihi Syai'un Fil Ardi Wa la fis sama'i wahuwas sami'ul alim".

Rasulullah s.a.w berkata, 'Sesiapa yang berdoa, "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apa pun dengan nama-NYA sama ada di bumi dan di langit, dan Dialah maha nendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali maka Ia tidak ditimpa kesusahan bala Dan musibah sehinggalah subuh esoknya, Dan barang siapa membacanya ketika subuh 3 Kali Ia tidak  ditimpa kesusahan bala & musibah sehingga petangnya." (HR Abu Dawud).


Tuesday, August 20, 2013

Apakah itu toksin?

Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran.Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa bunagan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.

Kesan Kemudarat Toksin Kepada Tubuh ?
Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.
Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan keta. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah, ialah:-

Penyakit Kulit
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.

Tumor
Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai tisu badan.

Demam
Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, Kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.

Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi
Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akanmerembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.

Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksim dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.


Wednesday, August 14, 2013

Waktu operasi terkini

Bermula 15/08/2013, waktu operasi perawatan kami adalah seperti dibawah:-

Isnin-Jumaat : 07.00pm-10.00pm
Sabtu : 02.00pm-10.00pm
Ahad & Cuti Umum : 10.00am-10.00pm

Walaupun kami mengalakkan and a membuat temujanji terlebih dahulu bag I mengelak anda menunggu. Kami juga tidak akan beroperasi sekiranya terdapat hal Peribadi.

Kami memohon maaf kesulitan ini diatas perubahan waktu operasi.

Kami berusaha sebaik yang mung in bag I memberi perkhidmatan yang terbaik pada setiap pelanggan.