Tuesday, February 19, 2013

Proses Pembersihan Alatan Bekam Selepas Rawatan Bekam Sunnah/Darah

Hari ini saya ingin berkongsi bagaimana proses pembersihan segala alatan bekam yang digunakan selepas berakhirnya Rawatan Bekam Darah / Sunnah. Kami memberi info ini buat tatapan semua, kerana saya memang menitik beratkan kebersihan dan keselamatan alatan yang digunakan bagi memberi satu perkhidmatan yang terbaik.

Selepas berakhirnya Rawatan Bekam Sunnah. Semua alatan yang digunakan mengalami beberapa proses pembersihan.

1)Segala cup yang digunakan akan dibersihkan mengunakan tisu.
2) Jarum yang digunakan akan dibuang.
2) Pen dan Pump akan dibersihkan terlebih dahulu menggunakan alkohol swap.
3) Cup, Pen, dan Pump akan dimasukkan kedalam peti bagi tujuan sterilize selama 15 minit.
4) Selepas itu Cup dan penutup pen akan direndam dalam baldi dengan air dettol hand soap selama 10 minit. Bagi memastikan kebersihan alatan.
5) Selepas rendaman tersebut setiap Cup akan dibersihkan dengan Dettol Hand Soap sekali Dan akan dibilas dengan air.
6) Semua cup yang telah dibilas akan dikeringkan dengan menggunakan kain kering sebelum disimpan.

Semoga dengan penerangan ini. Outlet kami akan menjadi pilihan dalam mendapatkan rawatan alternatif ini.

No comments:

Post a Comment