Tuesday, February 26, 2013

Promosi Setiap Isnin-Jumaat

Satu Lintah Satu Pelanggan

Terapi Bekam Lintah salah satu rawatan alternatif di outlet kami. Kami ingin memaklumkan Lintah yang kami guna adalah fresh dan lintah yang telah digunakan akan dihapuskan. Selepas lintah selesai menjalankan tugasnya. Kami akan menghapuskan lintah tersebut dihadapan pelanggan. Ianya bertujuan ingin memberi keyakinan kepada para pelanggan. Kami akan merendamkan Lintah yang telah digunakan dalam air garam. Lintah akan memuntahkan darah yang telah dihisap dan mati. Disini pelanggan boleh melihat darah yang telah disendut oleh Lintah.

Wednesday, February 20, 2013

Rawatan Ghurah Rawatan Terbaru!!!

Saya memperkenalkan satu rawatan terbaru. Rawatan Ghurah. Rawatan ini amat bersesuaian bagi mereka yang menghidapi masalah resdung, jerawat, menjaga stamina, menjaga suara dan mereka yang mengalami masalah dengkur. Outlet PerfectQ menawarkan 2 pakej.

1)Rawatan Ghurah : Titisan herba RM15 setiap sesi.

2)Rawatan Ghurah : Rawatan Lilin Resdung + Titisan Herba. RM30 setiap sesi.

Jangan biarkan kehidupan anda terseksa dengan masalah reading, jerawat dan jangan menyeksakan orang sekeliling anda dengan bunyi dengkur yang menakutkan. Atasi masalah ini dengan kami.

Tuesday, February 19, 2013

Proses Pembersihan Alatan Bekam Selepas Rawatan Bekam Sunnah/Darah

Hari ini saya ingin berkongsi bagaimana proses pembersihan segala alatan bekam yang digunakan selepas berakhirnya Rawatan Bekam Darah / Sunnah. Kami memberi info ini buat tatapan semua, kerana saya memang menitik beratkan kebersihan dan keselamatan alatan yang digunakan bagi memberi satu perkhidmatan yang terbaik.

Selepas berakhirnya Rawatan Bekam Sunnah. Semua alatan yang digunakan mengalami beberapa proses pembersihan.

1)Segala cup yang digunakan akan dibersihkan mengunakan tisu.
2) Jarum yang digunakan akan dibuang.
2) Pen dan Pump akan dibersihkan terlebih dahulu menggunakan alkohol swap.
3) Cup, Pen, dan Pump akan dimasukkan kedalam peti bagi tujuan sterilize selama 15 minit.
4) Selepas itu Cup dan penutup pen akan direndam dalam baldi dengan air dettol hand soap selama 10 minit. Bagi memastikan kebersihan alatan.
5) Selepas rendaman tersebut setiap Cup akan dibersihkan dengan Dettol Hand Soap sekali Dan akan dibilas dengan air.
6) Semua cup yang telah dibilas akan dikeringkan dengan menggunakan kain kering sebelum disimpan.

Semoga dengan penerangan ini. Outlet kami akan menjadi pilihan dalam mendapatkan rawatan alternatif ini.