Sunday, April 26, 2015

Tanda-Tanda Kita DiSayangi Oleh Allah s.w.t.

Tanda Allah sayang kepada kita. Dia uji kita dengan pelbagai ujian.

Tanda kita sayang akan Allh, kita taat semua perintah-Nya dan berbakti semata-mata untuk-Nya.

Tanda kita tidak disayangi Allah, apabila kita tidak diberi apa-apa ujian dan dibiarkan terus melakukan pelbagai kejahatan dan melanggar semua perintah-Nya. 

Thursday, April 23, 2015

6 Penghalang Doa

Rasulullah mengajar : "Doa itu ibadah" Kemudian Baginda membaca ayat: " Dan Tuhan kamu berfirman: 'Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina. (Ghafir 40:60)'" (Riwayat al-Tarmizi)

Maknanya dengan berdoa, bukan sahaja hajat ditunaikan, kita juga mendapat pahala. Maknanya juga, ada perkara yang boleh membatalkan doa kita sebagaimana perkara membatalkan solat atau menyebabkan tidak sah ibadah puasa, zakat, haji dan lain-lain.




Berikut ENAM perkara yang membatalkan doa atau dengan kata lain perkara yang menyebabkan doa tidak dimakbulkan.

1. DOSA DIRI


2. MEMAKAN MAKANAN YANG HARAM


3. TIDAK IKHLAS BERDOA KEPADA ALLAH

4. BERDOA DENGAN HATI YANG LALAI

5. TIDAK MELAKUKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

6. PUTUS ASA DALAM DOA