Wednesday, July 23, 2014

Selamat Hari raya Aidilfitri Sesi 2014

Alhamdulillah. In Sha Allah beberapa hari lagi akan berlalu Ramadan dan bertemu Syawal. Semoga ibadah puasa, amalan diberkati dan diterima. Di kesempatan ini pihak kami PerfectQ mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Terima kasih di atas sokongan anda terhadap kami. Pihak kami mengharap sokongan anda berterusan. Maafkan kami sekiranya terdapat perkhidmatan mungkin kurang memuaskan hati anda



Tuesday, July 15, 2014

Kalestrol boleh dirawat melalui amalan Bekam Sunnah

Pada zaman ini kalestrol tinggi dalam badan memang mudah di perolehi dalam tubuh seseorang sekiranya tidak mengamalkan kehidupan yang sihat. Pemakanan yang melebihi atau tidak teratur adalah sumber utama peningkatan kalestrol didalam badan.

Bila kalestrol didalam badan tinggi, Seseorang itu akan mudah merasa letih dan tidak ceria. Salah satu cara untuk mengetahui kalestrol tinggi dalam badan adalah melalui ujian di dalam sample darah. boleh juga membeli kit di farmasi.

Percaya atau tidak. Kadar kandungan kalestrol yang tinggi didalam badan seseorang boleh diturunkan melalui berbekam. Amalan peringkat pertama selama 2 minggu berturut mampu memberi hasil yang baik. Bila seseorang mempunyai kalestrol yang tinggi. Darah yang dikeluar adalah jenis berlendir dan bertali.

Berbekam merupakan rawatan alternatif yang boleh dipercayai. Semoga anda semua boleh mendapat manfaat melalui rawatan berbekam. Selamat mencuba.